OBJEKTIF
Untuk menyediakan perkhidmatan penentuan penyakit, perawatan dan pemulihan serta promosi kesihatan yang bermutu tinggi dengan cekap dan berkesan kepada pesakit yang memerlukan rawatan untuk menyelamatkan nyawa dan menghilangkan kesakitan bagi mencapai pemulihan yang awal dan maksima serta melayan orang awam dan pelawat dengan sifat penyayang dan nilai-nilai murni.
VISI
Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban ( HTJS ) akan menjadi pusat kecemerlangan dalam penjagaan aspek promotif, kuratif rawatan dan rehabilitatif di dalam bidang kepakaran utama. Selain menjadi pusat latihan berkualiti, pembangunan profesionalisme anggota perubatandan kesihatan bersekutu. Anggotanya akan bertindak secara profesional, bersifat penyayang dan bekerjasama sebagai satu pasukan ke arah menyediakan perkhidmatan mesra yang berasaskan bukti dan menggunakan teknologi yang sesuai dan berkesan.
MISI
- Untuk memajukan kesihatan melalui pendidikan kesihatan dan aktiviti promosi berasaskan klinik dan komuniti, dengan perkongsian bersama individu, komuniti dan lain-lain agensi yang berkaitan dengan kesihatan.
- Untuk menyelamatkan nyawa, mengurangkan kesengsaraan dan membantu memperolehi pemulihan awal dan sepenuhnya melalui perkhidmatan diagnostic, kuratif dan pemulihan yang berkualiti, efisyen dan berkesan.
- Untuk menyediakan latihan yang berkualiti dan pembangunan profesionalisme yang berterusan kepada semua kategori anggota perubatan, kesihatan bersekutu dan penuntut perubatan.


