Jabatan Pergigian Pediatrik

JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK

 

Bidang Pergigian Pediatrik mula beroperasi sebagai Jabatan di Hospital Tuanku Jaafar,
Seremban , Negeri Sembilan pada Julai 2010 walaupun sebelum ini telah wujud lama sebagai
sebuah unit di Jabatan Pergigian semenjak tahun 1995. Jabatan Pergigian Pediatrik adalah salah
satu dari jabatan klinikal dan beroperasi bersama-sama Jabatan Pergigian Bedah Mulut di bawah
naungan Jabatan Pergigian.
Menyediakan Rawatan dan khidmat konsultasi oleh pakar kepada kanak-kanak yang
dirujuk terutamanya kanak-kanak yang mempunyai masalah kompromi perubatan dan keperluan
khas.

Perkhidmatan yang disediakan

Perkhidmatan yang disediakan mengutamakan golongan kanak-kanak bermasalah kompromi
perubatan dan keperluan khas, dalam lingkungan umur 0 hingga 16 tahun yang mempunyai
masalah pergigian. Rawatan utama yang disediakan adalah seperti berikut:
i. Perawatan pencegahan
ii. Perawatan Karies Awal/ Karies Rampan
kanak-kanak.
iii. Perawatan trauma orofasial- gigi, tulang muka dan tisu lembut
iv. Perawatan kes perubatan dan patologi
Mulut, anomali pembentukan gigi.
v. Perawatan prosthesis, restorasi

 

Jabatan Kecemasan & Trauma

Petugas di kaunter ini terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan yang terlatih dan akan membantu memastikan pesakit disaring mengikut tahap kritikal pesakit.

Semua ini dijalankan secara profesional memngikut garis panduan yang ditetapkan oleh KKM seperti berikut:-

ZON MERAH - PESAKIT PALING KRITIKAL

ZON KUNING - PESAKIT SEPARA KRITIKAL

ZON HIJAU - PESAKIT TIDAK KRITIKAL

Perkhidmatan rawatan kecemasan yang diberikan adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan pra hospital
  • Pusat Panggilan Ambulan
  • Perkhidmatan ambulan
  • Perkhidmatan wad pemerhatian
  • Perkhidmatan pesakit luar am (selepas waktu pejabat, hari kelepasan dan cuti umum)

Jabatan Perubatan Am (MOPD)

Jabatan Perubatan HTJS merupakan pusat rujukan utama dalam perkhidmatan perubatan di Negeri Sembilan. Jabatan ini memberikan perkhidmatan dalam perubatan umum dan juga pelbagai bidang subkepakaran. Perkhidmatan subkepakaran Rheumatologi dan Endokrin merupakan perkhidmatan utama yang dijalankan di jabatan ini. Perkhidmatan subkepakaran lain mendapat sokongan daripada pakar perubatan pelawat dari Hospital Kuala Lumpur,Hospital Ampang, Hospital Selayang, Institut Perubatan Respiratori (IPR) dan Institut Kanser Negara (IKN) serta International Medical University (IMU).

Bersesuaian dengan misi jabatan,klinik pakar perubatan di jabatan ini berperanan sebagai pusat penyelesaian masalah klinikal khususnya dalam isu diagnosis dan pelan perawatan penyakit. Untuk menjayakan peranan ini, jabatan telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak pakar perubatan keluarga di klinik kesihatan seluruh negeri untuk berkolaberasi dalam perawatan pesakit. Jabatan ini turut memberi perkhidmatan lawatan kepakaran rawatan di beberapa buah hospital daerah di Negeri Sembilan seperti Hospital Tengku Ampuan Najihah, Hospital Port Dickson, Hospital Tampin dan Hospital Jelebu.

Selain menjadi pusat rujukan rawatan, jabatan ini juga menjadi pusat latihan sub-kepakaran dan sangat aktif menjalankan latihan/kursus dan kajian-kajian termasuklah kajian klinikal serta terlibat dalam aktiviti kualiti hospital.

Perkhidmatan yang Disediakan

  • Perkhidmatan Pesakit Luar
    • Klinik Pesakit Luar (Am)
      • Klinik Pesakit Susulan
      • Klinik Pesakit Baru
      • Klinik "Review'
      • Klinik Warfarin
    • Klinik sub-kepakaran
      • Klinik Rheumatologi
      • Klinik SLE
      • Klinik Osteoporosis
      • Klinik Biologik
      • Klinik CTD
      • Klinik Skleroderma
      • Klinik Endokrin
      • Klinik Diabetik
      • Klinik Hematologi
      • Klinik Respiratori
      • Klinik Penyakit Berjangkit
      • Klinik Neurologi
      • Klinik Gastroenterologi
      • Klinik Geriatrik
      • Klinik Memori
      • Klinik Palliatif
      • Klinik Kombinasi – Antenatal

  • Perkhidmatan Diagnostik Sokongan
    • Perkhidmatan Endoskopi
    • Makmal Kardiologi
    • Makmal Neurofisiologi
    • Perkhidmatan Mikroskopi Polaris
    • Perkhidmatan Kapilaroskopi
    • Perkhidmatan Ultrasound Muskuloskeletal
    • Perkh idmatan DXA Scan
    • Perkhidmatan Fundus Kamera
    • Perkhidmatan Ujian Fungsi Paru-Paru

  • Perkhidmatan Pesakit Dalam
    • Wad Lelaki Dan Perempuan Kelas 1
    • Wad Lelaki Dan Perempuan Kelas 2 & 3
    • Wad Rawatan Koronari
    • Wad Isolasi
    • Wad Denggi
    • Wad Geriatrik

  • Pusat Rawatan Harian
  • Pusat Sumber Diabetes

 

Jadual Hari Klinik Pakar Perubatan

HARI SESI PAGI SESI PETANG
Isnin Klinik Haematologi
Klinik Endokrine
Klinik Pesakit Baru
Klinik Susulan Perubatan Am
Klinik CTD (Minggu 2)
Klinik Kombinasi Antenatal
Klinik MSK Ultrasound
(Kecuali minggu 2)
Selasa Klinik Rheumatologi
Klinik Warfarin
Klinik Pesakit Baru
Klinik Susulan Perubatan Am
Rabu Klinik Rheumatologi
Klinik Diabetis
Klinik Palliatif (Minggu 2 & 4)
Klinik Pesakit Baru
Klinik Susulan Perubatan Am
Khamis Klinik Neurologi (Minggu 2 & 4)
Klinik Gastroenterologi (Minggu 1 &
3)
Klinik Osteoporosis (Minggu 1)
Klinik SLE (Minggu 2 & 4)
Klinik Scleroderma/Biologik (Minggu
1 & 3)
Klinik 'Review'

Sesi CME / CNE

Jumaat Klinik Warfarin
Klinik Penyakit Berjangkit
Klinik 'Review'
 

Klinik Perubatan Am

Klinik Perubatan Am melibatkan klinik susulan, klinik review dan klinik pesakit baru. Klinik pesakit baru adalah merupakan penambahbaikan perkhidmatan sedia ada dan bermula pada tahun 2013. Klinik ini menyediakan perkhidmatan kepada pesakit yang baru dirujuk dan dikendalikan oleh pakar dan pegawai perubatan. Ia berperanan sebagai klinik saringan sebelum pesakit dirujuk kepada klinik sub-kepakaran yang bersesuaian. Klinik review pula bertujuan untuk melihat keputusan ujian darah atau pemeriksaan radiologi yang memerlukan tindakan susulan yang segera. Klinik Warfarin diadakan 2 kali seminggu dengan kerjasama Jabatan Farmasi di mana ubat warfarin terus didispen semasa klinik dijalankan.

Perkhidmatan Unit Rheumatologi

Unit ini memberikan perkhidmatan rawatan yang menyeluruh kepada pesakit rheumatologi. Sejumlah besar pesakit adalah pesakit radang sendiri autoimun seperti Pheumatoid Arthritis dan Systemic Lupus Erythematosus. Ia dikendalikan oleh 5 pakar rheumatologi. Terdapat pelbagai klinik khusus seperti klinik Skleroderma di mana perkhidmatan kapilaroskop dijalankan bagi membantu dalam perawatan pesakit. Prosedur ultrasound muskuloskeletal dijalankan bagi membantu ketepatan suntikan sendi dan mengukur tahap penyakit artritis.

Unit ini juga menjalankan klinik CTD dengan kerjasama Jabatan Dermatologi, Selain dari memberi perawatan pesakit, unit ini merupakan antara pusat utama latihan sub-kepakaran rheumatologi di kemeterian kesihatan yang bertanggungjawab melatih dan menyelia pakar-pakar yang menjalani latihan dalam bidang ini.

Unit ini juga terlibat dalam pelbagai kajian klinikal melibatkan kerjasama dengan pelbagai pihak. Klinik Rheumatologi dijalankan pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis. Klinik Rhuematologi juga telah melibatkan multidisiplin dari unit lain iaitu unit Carakerja dan unit Physioterapi. Dengan adanya sokongan dari unit ini, maka klinik Rheumatologi dapat memberi perawatan yang lebih berkualiti kepada pesakit–pesakit rheumato.Selain dari itu pakar-pakar rheumatologi ini mengadakan lawatan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk melihat pesakit di kawasan Kuala Pilah iaitu sebulan sekali.Unit Rheumatologi juga telah beroperasi di Pusat Rawatan Harian untuk menjalankan infusi biologic kepada pesakit-pesakit biologic.

Perkhidmatan Unit Endokrin

Klinik ini bertanggungjawab memberi perkhidmatan dalam bidang endokrin, diabetes dan metabolik kepada pesakit dalam dan luar. Unit ini juga adalah pusat rujukan tertiari bagi rawatan komplikasi penyakit endokrin seperti penyakit tiroid, Multiple Endocrine Neoplasme(MEN), phaeochromocytoma, sindrom Conn's, sindrom cushing dan tumor pituitari.

Unit ini berkerjasama dengan unit-unit kepakaran lain seperti Nerosurgeri, Endokrin Surgeri, Perubatan Nuklear dan Pengimejan Bioperubatan untuk menyediakan perkhidmatan komprehensif yang melibatkan bidang pembedahan dan rawatan selepas pembedahan. Ia juga menyediakan Klinik Lawatan Endokrinologi di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah dan Hospital Port Dickson. Ujian dinamik endokrinolgi dilakukan di Unit Rawatan Harian mengikut keperluan. Klinik Diabetes dijalankan seminggu sekali dan melibatkan pelbagai disiplin seperti unit sajian dan pemakanan dan jabatan farmasi. Perkhidmatan "fundus kamera" disediakan untuk pemantauan komplikasi mata di kalangan pesakit Diabetes.

Klinik Respiratori

Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang mempunyai penyakit respiratori termasuk Tuberkulosis(TB) dan penyakit paru-paru kronik. Klinik ini menyediakan perkhidmatan makmal untuk pemeriksaan smear sampel kahak,suntikan ujian Mantoux, dan kaunseling pesakit TB. Perkhidmatan ujian fungsi paru-paru juga disediakan di klinik ini. Klinik ini diseliakan oleh seorang pakar perubatan am dan pakar pulmonori pelawat dengan kekerapan sebulan sekali.

Klinik Haematologi

Klinik Hematologi dikendalikan oleh seorang pakar perubatan am setiap minggu dan menerima lawatan pakar hematologi dari Hospital Ampang dengan kekerapan setiap dua minggu. Ia memberi perkhidmatan pemeriksaan sum-sum tulang, rawatan kemoterapi dan transfusi darah di pusat rawatan harian.

Klinik Neurologi dijalankan setiap dua minggu. Ia menerima lawatan Pakar Neurologi setiap sebulan sekali. Ia menerima rujukan pesakit yang mempunyai penyakit neurologi kompleks dan memerlukan rawatan dan ubatan khas. Ujian neurofisiologi seperti EEG, EMG dan NCS dijalankan di makmal neurofisiologi.

Klinik Geriatrik

Klinik ini dikendalikan oleh pakar geriatrik pelawat dari Hospital Kuala Lumpur dengan kekerapan seminggu sekali. Unit ini memberikan perkhidmatan klinik geriatrik am dan klinik memori. Ia melibatkan pelbagai disiplin seperti unit fisioterapi dan therapi carakerja. Unit ini mempunyai wad khas untuk pesakit dalam. Perawatan susulan pasca discaj melibatkan lawatan ke rumah juga dijalankan di unit ini.

Klinik Penyakit-Berjangkit

Klinik ini dijalankan setiap minggu dan dikendalikan oleh Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari IMU. Beliau memberikan rawatan pesakit dalam dan luar bagi pelbagai jenis penyakit berjangkit termasuk HIV dan AIDS. Unit ini juga terlibat dalam aktiviti kawalan jangkitan penyakit dan pengunaan antibiotik yang rasional.

Klinik Palliatif

Klinik ini dijalankan setiap dua minggu sekali dan dikendalikan oleh Pakar Paliatiff lawatan dari Hospital Selayang. Klinik ini memberikan perkhidmatan kaunseling dan penyediaan penjagaan pesakit palliatif, penjagaan kejururawatan dan rehabilitasi untuk pesakit kanser. Penyediaan sokongan fizikal, mental, sosial dan kerohanian pesakit serta penyediaan pendidikan kesihatan untuk pesakit dan ahli keluarga turut disediakan.

Klinik Gastroenterologi

Klinik ini dijalankan setiap dua minggu sekali dan dikendalikan oleh Pakar Gastroenterologi dari IMU. Klinik ini memberikan perkhidmatan untuk pesakit hepatitis B dan C. Pesakit yang memerlukan rawatan khusus akan dirujuk ke Hospital Selayang dan Hospital Ampang.

Jabatan Pembedahan (SOPD)

Objektif & Matlamat

  • Merawat kes-kes dan meyelesaikan masalah masalah yang dirujukkan dari daerah daerah di Negeri Sembilan.
  • Merujukan kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut kepakaran Khas ke Hospital Kuala Lumpur (seperti kes-kes pembedahan Neurosurgeri dan Urologi).
  • Mengawas dan bekerjasama menyelaraskan pengurusan masalah pembedahan kecil di Hospital hospital daerah.
  • Memberi latihan kepada Pegawai Perubatan dalam ‘Progam Masters secara terbuka
  • Memberi latihan kepada Pegawai Perubatan Siswazah selama 4 bulan bagi setiap orang. Memberi latihan kepada penuntut (Fasa I dan Fasa II) dari International Medical Universiti. Memberi latihan kepada penuntut elective dari Universiti luar negara.
  • Perkhidmatan rawatan pembedahan telah dapat dijalankan dengan berkesan dan baiknya sepanjang tahun.

Perkhidmatan

  1. Pembedahan Am
  2. Pembedahan Kemalangan dan Kecemasan
  3. Pembedahan Kanak kanak
  4. Pembedahan Plastik
  5. Pembedahan Colorectal
  6. Pembedahan Laparoscopik
  7. Pembedahan Upper GI Endoskopi Klinik Pakar pesakit luar
  8. Klinik Payudara Klinik Kanak kanak

Pada tahun 2007 jabatan ini terus dapat perkhidmatan tiga orang pakar dari University Perubatan Antarabangsa (IMU). Seorang ialah Pakar Bedah Kanak kanak dan seorang lagi ialah Pakar Bedah Gastroenterologi dan seorang lagi ialah pakar bedah am (lecturer). Mereka ini menjalankan klinik sehari dalam seminggu. Mereka juga membantu dalam pembedahan. Dengan adanya pakar-pakar ini, pembedahan ke atas pesakit yang dahulunya terpaksa dihantar ke Kuala Lumpur dapat dilakukan. Rujukan kes dari lain hospital di negara ini turut diterima. Kes yang sering dirujuk dari hospital lain merupakan kes seperti complex fistula dan kes barah colorectal.

Unit Neurosurgeri HTJS mula beroperasi pada 16 Mei 2016. Ini mengurangkan kes yang dirujuk keluar dari HTJS.

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial

Fungsi Jabatan

  1. Meninggikan taraf kesihatan rakyat Malaysia melalui perkhidmatan oral maksilofasial yang berkualiti, bersesuaian,bertepatan masa serta melibatkan unsur-unsur penggalakkan dan pencegahan.
  2. Memastikan persekitaran kerja yang mengamalkan nilai-nilai Budaya Korporat, iaitu semangat kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisme di kalangan semua anggota Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial.
  3. Untuk memastikan budaya penyelidikan berterusan diamalkan oleh semua kategori anggota Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial serta menggalakkan penerbitan di jurnal-jurnal.

Skop Perkhidmatan

  1. Kecemasan dan Trauma pada kawasan Maksilofasial
  2. Infeksi yang melibatkan kawasan Maksilofasial
  3. Kanser di kawasan Maksilofasial
  4. Pathologi mulut dan perubatan mulut
  5. Kecacatan Maksilofasial seperti ‘cleft lip’, ‘palate’ dan pembedahan ‘orthognathic’
  6. Implant pergigian
  7. Masalah sendi tulang rahang (Temporomandibular joint)
  8. Rawatan Pergigian kepada pesakit dengan masalah perubatan yang tertentu
  9. Perkhidmatan panggilan selepas waktu pejabat bagi kes-kes kecemasan
  10. Pusat latihan kepada Pakar Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial dalam Latihan, Pelajar Sarjana Klinikal,Pegawai Pergigian tahun pertama, Pegawai Pergigian, Pembantu Pembedahan Pergigian dan Juruteknik Pergigian
  11. Perkhidmatan Lawatan Pakar ke Hospital Daerah Tampin

 

Ketua Jabatan Kepakaran
Dr. Sivakama Sunthari A/P M.Kanagaratnam
Pakar Perunding Pergigian Kanan Bedah Mulut & Maksilofasial

Jabatan Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial
Tingkat 1, Bangunan Pakar
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban
Talian Utama : 06-768 5141

Jabatan Obstetrik & Ginekologi

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Seremban akan memimpin di dalam aspek-aspek penggalakan dan perawatan kesihatan reproduktif wanita melalui; memastikan kelahiran selamat, meningkatan tahap rawatan yang sesuai berlandaskan etika dengan hak asasi manusia dan ehsan terpelihara sepanjang masa, menggunakan teknologi yang bersesuaian, serta memenuhi kaedah "evidence based medicine", pemantauan berterusan terhadap piawaian yang ditetapkan termasuk kaedah kepastian kualiti, kajian-kajian yang memberi faedah kepada masyarakat, usaha untuk mengekalkan taraf Hospital Rakan Bayi dan pembelajaran berterusan kepada semua peringkat kakitangan; dengan ini memastikan penjagaan yang
sesuai dan terbaik sepanjang masa.

Jabatan Ortopedik

Perkhidmatan

Klinik Pesakit Luar Pakar Ortopedik menjalankan sesi klinik empat hari seminggu (Hari Isnin hingga Khamis) dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang terdiri daripada:-

  1. Klinik Pakar Ortopedik am - Bagi keskes trauma, advance trauma, kecederaan spinal, kes ortopedik kanakkanak dan kes-kes penyakit ortopedik.
  2. Klinik Pakar Perubatan Sukan (Subkepakaran) bagi rawatan dan pemulihan kecedraan Muskulo-Skeletal akibat aktiviti sukan dan aktiviti fizikal lain.

Jabatan Anestesiologi

Jabatan Anestesiologi

Jabatan Oftalmologi

Perkhidmatan

  1. Perkhidmatan rawatan Pesakit Luar, Pesakit Dalam (wad) dan rawatan Kecemasan mata
  2. Perkhidmatan Pembedahan Mata Am/Rawatan Harian (ACC)
  3. Perkhidmatan Pembedahan Mata Khas 'Vitreoretinal'
  4. Perkhidmatan 'Retinopathy Of Prematurity Screening'
  5. Perkhidmatan Optometri (Refraksi, Low Vision, Contact Lens dan Orthoptics).
  6. Lawatan pakar mata ke Hospital Jelebu dan Hospital Port Dickson
  7. Perkhidmatan Pendidikan dan Kaunselling kepada pesakit mata
  8. Perkhidmatan Pendidikan dan Latihan untuk kakitangan
  9. Perkhidmatan Pendidikan bagi pelajar International Medical Univerity dan universiti lain bagi tujuan penempatan elektif di Jabatan Mata
  10. Memberi latihan kepakaran dalam Pembedahan Am Mata kepada pelatih post graduate
  11. Memberi latihan subkepakaran kepada pakar-pakar mata dalam bidang pembedahan vitreo-retina

Jabatan Otorinolaringologi

Perkhidmatan

  1. PERKHIDMATAN KAUNTER
    • Melayan sebarang pertanyaan dari pelanggan berhubung mendapat rawatan di Jabatan Otorinolaringologi.
  2. RAWATAN PESAKIT LUAR.
    • Selasa dan Khamis:
    • 8.00 pagi – 1.00 petang
    • 2.00 petang – 5.00 petang (kes baru).
    • Kebanyakan kes baru dilihat pada hari yang sama.
  3. RAWATAN PESAKIT DALAM (17 KATIL)
    • Wad 4A - Lelaki Dewasa
    • Wad 8B - Perempuan Dewasa
    • Wad 8A - Kanak-kanak
    • Wad 7C - Lelaki kelas 1
  4. PERKHIDMATAN PEMBEDAHAN
    • Telinga - Otologi dan neurotologi
    • Hidung - Rhinologi
    • Tekak - Laringologi
    • Kepala & Leher - (Head and Neck Surgery)
  5. PERKHIDMATAN PEMBEDAHAN TERMASUKLAH:
    • Pembedahan kecemasan.
    • Pembedahan elektif.
    • Pembedahan harian.
    • Pembedahan Minor.
  6. PERKHIDMATAN AUDIOLOGI
    • Membuat saringan pendengaran untuk pesakit dewasa dan kanak-kanak.
    • Memberi kaunseling tentang kelengkapan dan cara pengunaan alat bantu dengar.