Profil
Jabatan Pemulihan Anggota atau Jabatan Fisioterapi terletak bersebelahan dengan Jabatan Patologi dan berhadapan dengan Klinik Pakar lama mula ditubuhkan pada tahun 1961.
Fungsi utama Jabatan Fisioterapi ini adalah menyediakan perkhidmatan rehabilitasi kepada pesakit luar dan dalam wad melalui pelbagai jenis rawatan, modaliti termasuk khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan. Rujukan diterima daripada Pakar/ pegawai perubatan hospital ini dan juga hospital / klinik kerajaan / swasta. Perkhidmatan Fisioterapi ini juga dilanjutkan ke klinik kesihatan dalam Negeri Sembilan, komuniti dan sukan.
Pengenalan
VISI
Untuk menjadikan Jabatan Fisioterapi sebagai pusat rujukan, rawatan dan latihan klinikal Fisioterapi yang menawarkan khidmat rehabilitasi yang berkualiti.
MISI
Menyediakan perkhidmatan Fisioterapi yang senang dikunjungi , mesra pelanggan dan bersedia menerima rujukan.
Berkomited untuk meningkatkan kemahiran serta bersedia memberi rawatan yang profesionalisma dan berkualiti.
Mmenawarkan latihan klinikal yang berkemahiran tinggi dan mudah diperolehi.
OBJEKTIF
Memberikan perkhidmatan Fisioterapi berkualiti tinggi dan berkesan kearah memperbaiki kualiti hidup pelanggan.
Menyediakan perkhidmatan pendidikan kepada pelanggan dan orang awam , juga latihan yang bekualiti bagi mempertingkatkan pembangunan profesionalisma anggota Fisioterapi.
OBJEKTIF KHUSUS
Mencegah kecederaan dan kecacatan.
Mengekalkan atau mempertingkatkan mobliti sendi dan koordinasi.
Mengekalkan atau memperingkatkan fleksibiliti, kekuatan serta ketahanan otot.
Memelihara keupayaan dari segi kefungsian diri.
Mengekal fungsi pernafasan yang baik.
Meningkatkan komplian pesakit menerusi program pendidikan.
PIAGAM PELANGGAN
Kami membantu dan memulihkan anda melalui rehabilitasi dan pendidikan secara profesionalisma
Pendaftaran : 30 minit Justify Center
Rawatan : 2 jam
Masa Menunggu : 1 jam
MASA RAWATAN
ISNIN -KHAMIS : 8.00 pagi - 1:00 petang / 2:00 - 5:00 petang
REHAT : 1:00 - 2:00 petang
JUMAAT : 8:00 pagi - 12:15 tengahari
(Tutup pada hujung minggu dan hari kelepasan am)