This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | Telefon: 06-768 4000 | MyGovUC 2.0
❤❤ BERITA BAIK BUAT WARGA HTJS ❤❤
Syukur Alhamdulillah. Tepat pada tarikh 1 Ramadhan, projek Rak Rezeki (food bank) di bawah kendalian Jabatan Kecemasan & Trauma HTJS telah berjaya dilancarkan.
Ruangan Rak Rezeki ni betul betul bersebelahan dengan pondok polis di Jabatan Kecemasan. Dekat situ ada pelbagai barangan makanan yang boleh diambil oleh sesiapa sahaja yang memerlukan.
Ada pek beras, gula, garam, sardin, tepung dan beberapa jenis barangan lain.
Jika ada dikalangan staff HTJS, pesakit atau pelawat yang perlukan barangan sedemikian, tolong ambil di Rak Rezeki ya.
Mana yang berminat nak turut menyumbang untuk projek amal ni, klik dekat sini ? https://qrco.de/bc3wGV . Tak pun, bantu je share posting ni.
Manalah tahu usaha kita yang sedikit ni akan dapat memberikan kesan baik yang sangat besar untuk orang lain. Terima kasih ya.
The Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) team aims to promote healthy mental health among HTJS staff to better cope with stress, assisting with basic needs, and promoting adaptive functioning during this Covid 19 pandemic.
Mhpss ialah pasukan sokongan mental dan psikososial bertujuan untuk mempromosikan kesihatan mental yang sihat di kalangan warga HTJS dalam mengatasi stress, membantu keperluan asas dan meningkatkan kebolehan adaptasi dalam melawan bencana wabak Covid 19.
#mhpssforyou #kitojagokito



Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi HTJ adalah salah satu projek inovasi untuk memudahkan pesakit-pesakit Hospital Tuanku Jaafar mengambil ubat susulan tanpa perlu menunggu, pada kos yang minimum dan memastikan pembekalan ubat yang berterusan.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Farmasi Pandu Lalu, Ubat Melalui POS (UMP), Kad Temujanji, SMS/EMEL & Ambil (SEA), Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB) & Ambil Ubat di Klinik Komuniti (KKOM). Maklumat lanjut adalah seperti di poster di atas.
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi FARMASI KLINIK PAKAR HTJ di talian 06-7685027 (beroperasi waktu pejabat)
#MUDAHDANMEMUDAHKAN
Kemudahan Parkir Orang Awam di Tempat Letak Kereta Bertingkat Blok Wanita & Kanak-Kanak
| Bil | Aras | Hari / Masa | Catatan |
| 1 | P4 (Dalam palang) |
Isnin - Jumaat 5.30 petang - 8.00 malam |
|
| 2 | P4 & P2 (Dalam palang) |
Sabtu, Ahad & Cuti Umum 9.00 pagi - 8.00 malam |
|
| 3 | P1 & G (Luar palang) |
Isnin - Jumaat | Dikhaskan kepada:
|
Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 06-768 4000 (sambungan 4967) pada Isnin - Jumaat jam 8.00 pagi - 5.00 petang.
Harap maklum.

Kemudahan myBAS Seremban ke HTJSAdalah dimaklumkan bahawa bermula 1 OGOS 2017, perkhidmatan myBAS Seremban (F500) akan memasuki kawasan hospital bagi memberi kemudahan kepada orang ramai yang ingin berurusan dengan hospital, dengan ketetapan berikut:
Waktu Operasi : 6.20 pagi Hingga 10.00 malam
Hari Beroperasi : Isnin - Ahad termasuk cuti umum / pelepasan Am
Kekerapan Bas : Setiap 20 minit
Kadar Tambang : Maksimum RM 1.60
Laluan bas boleh rujuk ke brosur ini: ![]()
Untuk pertanyaan mengenai perkhidmatan ini boleh hubungi Unit Keselamatan HTJS di talian 06-7684000 sambungan 4967 / 4689.