Mohd Amin Amri bin Ariff

Mohd Amin Amri bin Ariff

Tuesday, 20 April 2021 01:32

Rak Rezeki (Food Bank)

❤❤ BERITA BAIK BUAT WARGA HTJS  ❤❤

Syukur Alhamdulillah. Tepat pada tarikh 1 Ramadhan, projek Rak Rezeki (food bank) di bawah kendalian Jabatan Kecemasan & Trauma HTJS telah berjaya dilancarkan.

Ruangan Rak Rezeki ni betul betul bersebelahan dengan pondok polis di Jabatan Kecemasan. Dekat situ ada pelbagai barangan makanan yang boleh diambil oleh sesiapa sahaja yang memerlukan.

Ada pek beras, gula, garam, sardin, tepung dan beberapa jenis barangan lain.

Jika ada dikalangan staff HTJS, pesakit atau pelawat yang perlukan barangan sedemikian, tolong ambil di Rak Rezeki ya.

Mana yang berminat nak turut menyumbang untuk projek amal ni, klik dekat sini ? https://qrco.de/bc3wGV . Tak pun, bantu je share posting ni.

Manalah tahu usaha kita yang sedikit ni akan dapat memberikan kesan baik yang sangat besar untuk orang lain. Terima kasih ya.

Wednesday, 20 January 2021 04:16

Jabatan Pergigian Pediatrik

JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK

 

Bidang Pergigian Pediatrik mula beroperasi sebagai Jabatan di Hospital Tuanku Jaafar,
Seremban , Negeri Sembilan pada Julai 2010 walaupun sebelum ini telah wujud lama sebagai
sebuah unit di Jabatan Pergigian semenjak tahun 1995. Jabatan Pergigian Pediatrik adalah salah
satu dari jabatan klinikal dan beroperasi bersama-sama Jabatan Pergigian Bedah Mulut di bawah
naungan Jabatan Pergigian.
Menyediakan Rawatan dan khidmat konsultasi oleh pakar kepada kanak-kanak yang
dirujuk terutamanya kanak-kanak yang mempunyai masalah kompromi perubatan dan keperluan
khas.

Perkhidmatan yang disediakan

Perkhidmatan yang disediakan mengutamakan golongan kanak-kanak bermasalah kompromi
perubatan dan keperluan khas, dalam lingkungan umur 0 hingga 16 tahun yang mempunyai
masalah pergigian. Rawatan utama yang disediakan adalah seperti berikut:
i. Perawatan pencegahan
ii. Perawatan Karies Awal/ Karies Rampan
kanak-kanak.
iii. Perawatan trauma orofasial- gigi, tulang muka dan tisu lembut
iv. Perawatan kes perubatan dan patologi
Mulut, anomali pembentukan gigi.
v. Perawatan prosthesis, restorasi

 

Thursday, 05 November 2020 07:56

Mental Health and Psychosocial Support

The Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) team aims to promote healthy mental health among HTJS staff to better cope with stress, assisting with basic needs, and promoting adaptive functioning during this Covid 19 pandemic.

Mhpss ialah pasukan sokongan mental dan psikososial bertujuan untuk mempromosikan kesihatan mental yang sihat di kalangan warga HTJS dalam mengatasi stress, membantu keperluan asas dan meningkatkan kebolehan adaptasi dalam melawan bencana wabak Covid 19.

#mhpssforyou #kitojagokito

Thursday, 05 November 2020 07:43

Farmasi Value Added Service

PERKHIDMATAN VAS DI HTJ updated Page 1

PERKHIDMATAN VAS DI HTJ updated Page 3

PERKHIDMATAN VAS DI HTJ updated Page 3

Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi HTJ adalah salah satu projek inovasi untuk memudahkan pesakit-pesakit Hospital Tuanku Jaafar mengambil ubat susulan tanpa perlu menunggu, pada kos yang minimum dan memastikan pembekalan ubat yang berterusan.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah Farmasi Pandu Lalu, Ubat Melalui POS (UMP), Kad Temujanji, SMS/EMEL & Ambil (SEA), Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB) & Ambil Ubat di Klinik Komuniti (KKOM). Maklumat lanjut adalah seperti di poster di atas.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi FARMASI KLINIK PAKAR HTJ di talian 06-7685027 (beroperasi waktu pejabat)

#MUDAHDANMEMUDAHKAN

Thursday, 30 November 2017 07:31

Hubungi Kami

Hospital Tuanku Ja'afar
Jalan Rasah
70300 Seremban
Negeri Sembilan
Malaysia
Telefon: 06-768 4000
Fax: 06-762 5771
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

 

 

 

 

 

 

Wednesday, 02 August 2017 04:15

myBAS

myBASKemudahan myBAS Seremban ke HTJS

Adalah dimaklumkan bahawa bermula 1 OGOS 2017, perkhidmatan myBAS Seremban (F500) akan memasuki kawasan hospital bagi memberi kemudahan kepada orang ramai yang ingin berurusan dengan hospital, dengan ketetapan berikut:

Waktu Operasi : 6.20 pagi Hingga 10.00 malam
Hari Beroperasi : Isnin - Ahad termasuk cuti umum / pelepasan Am
Kekerapan Bas : Setiap 20 minit
Kadar Tambang : Maksimum RM 1.60

Laluan bas boleh rujuk ke brosur ini: Download

Untuk pertanyaan mengenai perkhidmatan ini boleh hubungi Unit Keselamatan HTJS di talian 06-7684000 sambungan 4967 / 4689.


Warning: count(): Parameter must be an array or an object that implements Countable in /home/htjsmoh/public_html/htjs/templates/purity_iii/html/com_k2/templates/default/user.php on line 260
Page 1 of 2