This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | Telefon: 06-768 4000 | MyGovUC 2.0
JABATAN PERGIGIAN PEDIATRIK
Bidang Pergigian Pediatrik mula beroperasi sebagai Jabatan di Hospital Tuanku Jaafar,
Seremban , Negeri Sembilan pada Julai 2010 walaupun sebelum ini telah wujud lama sebagai
sebuah unit di Jabatan Pergigian semenjak tahun 1995. Jabatan Pergigian Pediatrik adalah salah
satu dari jabatan klinikal dan beroperasi bersama-sama Jabatan Pergigian Bedah Mulut di bawah
naungan Jabatan Pergigian.
Menyediakan Rawatan dan khidmat konsultasi oleh pakar kepada kanak-kanak yang
dirujuk terutamanya kanak-kanak yang mempunyai masalah kompromi perubatan dan keperluan
khas.
Perkhidmatan yang disediakan
Perkhidmatan yang disediakan mengutamakan golongan kanak-kanak bermasalah kompromi
perubatan dan keperluan khas, dalam lingkungan umur 0 hingga 16 tahun yang mempunyai
masalah pergigian. Rawatan utama yang disediakan adalah seperti berikut:
i. Perawatan pencegahan
ii. Perawatan Karies Awal/ Karies Rampan
kanak-kanak.
iii. Perawatan trauma orofasial- gigi, tulang muka dan tisu lembut
iv. Perawatan kes perubatan dan patologi
Mulut, anomali pembentukan gigi.
v. Perawatan prosthesis, restorasi
Petugas di kaunter ini terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan yang terlatih dan akan membantu memastikan pesakit disaring mengikut tahap kritikal pesakit.
Semua ini dijalankan secara profesional memngikut garis panduan yang ditetapkan oleh KKM seperti berikut:-
ZON MERAH - PESAKIT PALING KRITIKAL
ZON KUNING - PESAKIT SEPARA KRITIKAL
ZON HIJAU - PESAKIT TIDAK KRITIKAL
Perkhidmatan rawatan kecemasan yang diberikan adalah seperti berikut :
Jabatan Perubatan HTJS merupakan pusat rujukan utama dalam perkhidmatan perubatan di Negeri Sembilan. Jabatan ini memberikan perkhidmatan dalam perubatan umum dan juga pelbagai bidang subkepakaran. Perkhidmatan subkepakaran Rheumatologi dan Endokrin merupakan perkhidmatan utama yang dijalankan di jabatan ini. Perkhidmatan subkepakaran lain mendapat sokongan daripada pakar perubatan pelawat dari Hospital Kuala Lumpur,Hospital Ampang, Hospital Selayang, Institut Perubatan Respiratori (IPR) dan Institut Kanser Negara (IKN) serta International Medical University (IMU).
Bersesuaian dengan misi jabatan,klinik pakar perubatan di jabatan ini berperanan sebagai pusat penyelesaian masalah klinikal khususnya dalam isu diagnosis dan pelan perawatan penyakit. Untuk menjayakan peranan ini, jabatan telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pihak pakar perubatan keluarga di klinik kesihatan seluruh negeri untuk berkolaberasi dalam perawatan pesakit. Jabatan ini turut memberi perkhidmatan lawatan kepakaran rawatan di beberapa buah hospital daerah di Negeri Sembilan seperti Hospital Tengku Ampuan Najihah, Hospital Port Dickson, Hospital Tampin dan Hospital Jelebu.
Selain menjadi pusat rujukan rawatan, jabatan ini juga menjadi pusat latihan sub-kepakaran dan sangat aktif menjalankan latihan/kursus dan kajian-kajian termasuklah kajian klinikal serta terlibat dalam aktiviti kualiti hospital.
Perkhidmatan yang Disediakan
Jadual Hari Klinik Pakar Perubatan
| HARI | SESI PAGI | SESI PETANG |
| Isnin | Klinik Haematologi Klinik Endokrine Klinik Pesakit Baru |
Klinik Susulan Perubatan Am Klinik CTD (Minggu 2) Klinik Kombinasi Antenatal Klinik MSK Ultrasound (Kecuali minggu 2) |
| Selasa | Klinik Rheumatologi Klinik Warfarin Klinik Pesakit Baru |
Klinik Susulan Perubatan Am |
| Rabu | Klinik Rheumatologi Klinik Diabetis Klinik Palliatif (Minggu 2 & 4) Klinik Pesakit Baru |
Klinik Susulan Perubatan Am |
| Khamis | Klinik Neurologi (Minggu 2 & 4) Klinik Gastroenterologi (Minggu 1 & 3) Klinik Osteoporosis (Minggu 1) Klinik SLE (Minggu 2 & 4) Klinik Scleroderma/Biologik (Minggu 1 & 3) Klinik 'Review' |
Sesi CME / CNE |
| Jumaat | Klinik Warfarin Klinik Penyakit Berjangkit Klinik 'Review' |
Klinik Perubatan Am
Klinik Perubatan Am melibatkan klinik susulan, klinik review dan klinik pesakit baru. Klinik pesakit baru adalah merupakan penambahbaikan perkhidmatan sedia ada dan bermula pada tahun 2013. Klinik ini menyediakan perkhidmatan kepada pesakit yang baru dirujuk dan dikendalikan oleh pakar dan pegawai perubatan. Ia berperanan sebagai klinik saringan sebelum pesakit dirujuk kepada klinik sub-kepakaran yang bersesuaian. Klinik review pula bertujuan untuk melihat keputusan ujian darah atau pemeriksaan radiologi yang memerlukan tindakan susulan yang segera. Klinik Warfarin diadakan 2 kali seminggu dengan kerjasama Jabatan Farmasi di mana ubat warfarin terus didispen semasa klinik dijalankan.
Perkhidmatan Unit Rheumatologi
Unit ini memberikan perkhidmatan rawatan yang menyeluruh kepada pesakit rheumatologi. Sejumlah besar pesakit adalah pesakit radang sendiri autoimun seperti Pheumatoid Arthritis dan Systemic Lupus Erythematosus. Ia dikendalikan oleh 5 pakar rheumatologi. Terdapat pelbagai klinik khusus seperti klinik Skleroderma di mana perkhidmatan kapilaroskop dijalankan bagi membantu dalam perawatan pesakit. Prosedur ultrasound muskuloskeletal dijalankan bagi membantu ketepatan suntikan sendi dan mengukur tahap penyakit artritis.
Unit ini juga menjalankan klinik CTD dengan kerjasama Jabatan Dermatologi, Selain dari memberi perawatan pesakit, unit ini merupakan antara pusat utama latihan sub-kepakaran rheumatologi di kemeterian kesihatan yang bertanggungjawab melatih dan menyelia pakar-pakar yang menjalani latihan dalam bidang ini.
Unit ini juga terlibat dalam pelbagai kajian klinikal melibatkan kerjasama dengan pelbagai pihak. Klinik Rheumatologi dijalankan pada setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis. Klinik Rhuematologi juga telah melibatkan multidisiplin dari unit lain iaitu unit Carakerja dan unit Physioterapi. Dengan adanya sokongan dari unit ini, maka klinik Rheumatologi dapat memberi perawatan yang lebih berkualiti kepada pesakit–pesakit rheumato.Selain dari itu pakar-pakar rheumatologi ini mengadakan lawatan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk melihat pesakit di kawasan Kuala Pilah iaitu sebulan sekali.Unit Rheumatologi juga telah beroperasi di Pusat Rawatan Harian untuk menjalankan infusi biologic kepada pesakit-pesakit biologic.
Perkhidmatan Unit Endokrin
Klinik ini bertanggungjawab memberi perkhidmatan dalam bidang endokrin, diabetes dan metabolik kepada pesakit dalam dan luar. Unit ini juga adalah pusat rujukan tertiari bagi rawatan komplikasi penyakit endokrin seperti penyakit tiroid, Multiple Endocrine Neoplasme(MEN), phaeochromocytoma, sindrom Conn's, sindrom cushing dan tumor pituitari.
Unit ini berkerjasama dengan unit-unit kepakaran lain seperti Nerosurgeri, Endokrin Surgeri, Perubatan Nuklear dan Pengimejan Bioperubatan untuk menyediakan perkhidmatan komprehensif yang melibatkan bidang pembedahan dan rawatan selepas pembedahan. Ia juga menyediakan Klinik Lawatan Endokrinologi di Hospital Tuanku Najihah, Kuala Pilah dan Hospital Port Dickson. Ujian dinamik endokrinolgi dilakukan di Unit Rawatan Harian mengikut keperluan. Klinik Diabetes dijalankan seminggu sekali dan melibatkan pelbagai disiplin seperti unit sajian dan pemakanan dan jabatan farmasi. Perkhidmatan "fundus kamera" disediakan untuk pemantauan komplikasi mata di kalangan pesakit Diabetes.
Klinik Respiratori
Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada pesakit yang mempunyai penyakit respiratori termasuk Tuberkulosis(TB) dan penyakit paru-paru kronik. Klinik ini menyediakan perkhidmatan makmal untuk pemeriksaan smear sampel kahak,suntikan ujian Mantoux, dan kaunseling pesakit TB. Perkhidmatan ujian fungsi paru-paru juga disediakan di klinik ini. Klinik ini diseliakan oleh seorang pakar perubatan am dan pakar pulmonori pelawat dengan kekerapan sebulan sekali.
Klinik Haematologi
Klinik Hematologi dikendalikan oleh seorang pakar perubatan am setiap minggu dan menerima lawatan pakar hematologi dari Hospital Ampang dengan kekerapan setiap dua minggu. Ia memberi perkhidmatan pemeriksaan sum-sum tulang, rawatan kemoterapi dan transfusi darah di pusat rawatan harian.
Klinik Neurologi dijalankan setiap dua minggu. Ia menerima lawatan Pakar Neurologi setiap sebulan sekali. Ia menerima rujukan pesakit yang mempunyai penyakit neurologi kompleks dan memerlukan rawatan dan ubatan khas. Ujian neurofisiologi seperti EEG, EMG dan NCS dijalankan di makmal neurofisiologi.
Klinik Geriatrik
Klinik ini dikendalikan oleh pakar geriatrik pelawat dari Hospital Kuala Lumpur dengan kekerapan seminggu sekali. Unit ini memberikan perkhidmatan klinik geriatrik am dan klinik memori. Ia melibatkan pelbagai disiplin seperti unit fisioterapi dan therapi carakerja. Unit ini mempunyai wad khas untuk pesakit dalam. Perawatan susulan pasca discaj melibatkan lawatan ke rumah juga dijalankan di unit ini.
Klinik Penyakit-Berjangkit
Klinik ini dijalankan setiap minggu dan dikendalikan oleh Pakar Perubatan Penyakit Berjangkit dari IMU. Beliau memberikan rawatan pesakit dalam dan luar bagi pelbagai jenis penyakit berjangkit termasuk HIV dan AIDS. Unit ini juga terlibat dalam aktiviti kawalan jangkitan penyakit dan pengunaan antibiotik yang rasional.
Klinik Palliatif
Klinik ini dijalankan setiap dua minggu sekali dan dikendalikan oleh Pakar Paliatiff lawatan dari Hospital Selayang. Klinik ini memberikan perkhidmatan kaunseling dan penyediaan penjagaan pesakit palliatif, penjagaan kejururawatan dan rehabilitasi untuk pesakit kanser. Penyediaan sokongan fizikal, mental, sosial dan kerohanian pesakit serta penyediaan pendidikan kesihatan untuk pesakit dan ahli keluarga turut disediakan.
Klinik Gastroenterologi
Klinik ini dijalankan setiap dua minggu sekali dan dikendalikan oleh Pakar Gastroenterologi dari IMU. Klinik ini memberikan perkhidmatan untuk pesakit hepatitis B dan C. Pesakit yang memerlukan rawatan khusus akan dirujuk ke Hospital Selayang dan Hospital Ampang.
Objektif & Matlamat
Perkhidmatan
Pada tahun 2007 jabatan ini terus dapat perkhidmatan tiga orang pakar dari University Perubatan Antarabangsa (IMU). Seorang ialah Pakar Bedah Kanak kanak dan seorang lagi ialah Pakar Bedah Gastroenterologi dan seorang lagi ialah pakar bedah am (lecturer). Mereka ini menjalankan klinik sehari dalam seminggu. Mereka juga membantu dalam pembedahan. Dengan adanya pakar-pakar ini, pembedahan ke atas pesakit yang dahulunya terpaksa dihantar ke Kuala Lumpur dapat dilakukan. Rujukan kes dari lain hospital di negara ini turut diterima. Kes yang sering dirujuk dari hospital lain merupakan kes seperti complex fistula dan kes barah colorectal.
Unit Neurosurgeri HTJS mula beroperasi pada 16 Mei 2016. Ini mengurangkan kes yang dirujuk keluar dari HTJS.
Fungsi Jabatan
Skop Perkhidmatan
Ketua Jabatan Kepakaran
Dr. Sivakama Sunthari A/P M.Kanagaratnam
Pakar Perunding Pergigian Kanan Bedah Mulut & Maksilofasial
Jabatan Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial
Tingkat 1, Bangunan Pakar
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban
Talian Utama : 06-768 5141
Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Seremban akan memimpin di dalam aspek-aspek penggalakan dan perawatan kesihatan reproduktif wanita melalui; memastikan kelahiran selamat, meningkatan tahap rawatan yang sesuai berlandaskan etika dengan hak asasi manusia dan ehsan terpelihara sepanjang masa, menggunakan teknologi yang bersesuaian, serta memenuhi kaedah "evidence based medicine", pemantauan berterusan terhadap piawaian yang ditetapkan termasuk kaedah kepastian kualiti, kajian-kajian yang memberi faedah kepada masyarakat, usaha untuk mengekalkan taraf Hospital Rakan Bayi dan pembelajaran berterusan kepada semua peringkat kakitangan; dengan ini memastikan penjagaan yang
sesuai dan terbaik sepanjang masa.
Perkhidmatan
Klinik Pesakit Luar Pakar Ortopedik menjalankan sesi klinik empat hari seminggu (Hari Isnin hingga Khamis) dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang terdiri daripada:-
Perkhidmatan
Perkhidmatan
Jabatan Dermatologi Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban merupakan pusat rujukan utama untuk memberikan perkhidmatan rawatan kulit di Negeri Sembilan. Objektif Jabatan Dermatologi adalah untuk memulihkan, mengawal dan mengurangkan morbiti penyakit pesakit-pesakit kulit, kusta dan venerologi.
Fungsi Jabatan ialah memberi rawatan penyakit kulit termasuk prosedur seperti biopsy, kauteri, krioterapi, patch test, suntikan steroid dan laser terapi. Rawatan penjagaanharian seperti fototerpi dan iontophorosis juga dijalankan serta rawatan dan kawalan penyakit kusta dan venerologi. Jabatan ini berjaya mengekalkan mutu perkhidmatan, produktiviti dan kualiti kerja sebagaimana yang disasarkan. Seramai 11,499 orang pesakit luar mendapat rawatan di jabatan ini. 80% mendapat rawatan dalam masa 60 minit. Mencapai 86% tahap kepuasan pelanggan hasil dari kajian maklumbalas kepuasan pelanggan.
Untuk mencapai hasrat memberi perkhidmatan cemerlangkepada pesakit jabatan dermatologi berpegang kepada amalan piagam pelanggan seperti yang telah digariskan iaitu:-
Aktiviti Perkhidmatan
Fungsi
Skop Perkhidmatan
Aktiviti & Perkhidmatan yang Disediakan
Jabatan Perubatan Rehabilitasi HTJS merupakan pusat perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi Tahap 4 dengan skop perkhidmatan yang melibatkan perkhidmatan kepakaran klinikal, kejururawatan rehabilitasi, pemulihan anggota, pemulihan carakerja, pemulihan pertuturan, perkhidmatan prostetik dan ortotik serta sokongan perkhidmatan kerja sosial perubatan dan perolehan peralatan 'assistive devices'.
Beberapa aspek perkhidmatan seperti program pemulihan 'Return To Work' dan pemulihan kes pediatrik diperkukuhkan melalui langkah ‘smart partnership’ dengan agensi lain seperti Perkeso, Bahagian Kesihatan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Latihan tempatan bagi anggota menjadi metodologi utama latihan bagi tahun 2012. Jabatan meneruskan perkhidmatan sebagai pusat latihan program Sarjana Perubatan Rehabilitasi (UM) Terbuka, program Posbasik Pengkhususan Rehabilitasi dan pusat program latihan KKM serta pihak swasta bagi fisioterapi dan pemulihan carakerja. Pembangunan fasiliti masih menjadi cabaran memandangkan keperluan fasiliti sedia ada menghadkan perkembangan perkhidmatan. Langkah inovasi bagi mengoptimakan sumber-sumber sedia ada diamalkan demi menampung keperluan pelanggan dan mendahulukan rakyat.