Jabatan Forensik

Fungsi

  1. Perkhidmatan asas jabatan forensik iaitu bertindak menguruskan jenazah yang datang dari wad hospital dan yang dibawa dari luar oleh pihak polis (kes ‘brought in dead’ BID).
  2. Berfungsi sebagai tempat penyimpanan sementara jenazah.
  3. Penyimpanan dan pengurusan jenazah yang tidak dituntut.
  4. Melakukan bedah siasat medikolegal seperti kes jenayah (homicide), kemalangan jalan raya (motor vehicle accident), kes bunuh diri (suicide) dan sebagainya setelah memperoleh arahan bedah siasat dari pihak polis melalui borang Polis 61 (P61).
  5. Pengendalian spesimen medikolegal semasa bedah siasat bagi menentukan sebab kematian atau membantu memberikan maklumat kepada polis dalam penyiasatan medikolegal.
  6. Menyediakan laporan bedah siasat dan memberikan pendapat pakar dalam bidang perubatan forensik untuk digunakan oleh pihak polis, peguam, pihak insurans dan mahkamah.
  7. Melakukan lawatan dan siasatan di tempat kejadian.
  8. Memberikan konsultasi melalui telefon apabila dihubungi oleh hospital luar atau hospital di dalam kawasan liputan.
  9. Mengurus dan memproses spesimen medikolegal dari hospital daerah.
  10. Mengendalikan pelupusan janin atau anggota manusia dalam masa 2 minggu dengan syarat telah mengisi borang pelupusan janin atau anggota manusia.

Jabatan Radiologi

Jabatan Radiologi memberi perkhidmatan radiologi dan prosedur intervensi bagi pesakit-pesakit Hospital Tuanku Ja'afar serta rujukan kes radiologi dari lainlain perkhidmatan kesihatan seluruh Negeri Sembilan.

pengimejan

Jabatan ini beroperasi 24 jam bagi kes-kes kemalangan dan kritikal. Jabatan ini juga menerima pelatih-pelatih untuk menjalani latihan teknikal dari pelbagai bidang berkaitan radiologi dari berbagai-bagai kolej dan universiti yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Modaliti yang terdapat di jabatan ini adalah mesin x-ray am, mesin x-ray digital fluoroskopi, mesin x-ray orthopantomografi, mesin x-ray mudah gerak, mesin ultrasonografi, Tomografi Berkomputer, Magnetic Resonance Imaging (MRI), DEXA (Bone Densitometer), Full Field Digital Mammography (FFDM), Intervensi Radiologi Asas dan pemprosesan filem secara berkomputer (CR).

Perkhidmatan

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan pemeriksaan Radiografi Am, X-ray Berkontras (IVU, Barium Enema, MCU dan lain-lain), Ultrasound, Tomografi Berkomputer (CT Scan), Mammografi, Bone Densitometri, MRI dan prosedur-prosedur Intervensi

Jabatan Patologi

Profil

patologi01Jabatan Patologi akan terus berusaha memantap dan mempertingkat kompetensi dalam bidang teknikal seiring dengan patologi kemahiran insan agar organisasi ini mencapai tahap kecemerlangan yang konsisten. Jabatan ini juga berazam terus mengekalkan tahap sebagai sebuah makmal yang accredited and certified.

Lokasi

Secara fizikalnya Jabatan Patologi terletak di beberapa lokasi di aras bawah Hospital Tuanku Ja'afar iaitu:

  1. Pejabat Pentadbiran, Makmal Integrasi serta Makmal Histopatologi dan Sitologi terletak di Blok D (Bangunan Klinik Pakar Lama);
  2. Makmal Bakteriologi, Makmal Serologi dan Penyaringan serta Makmal Dadah terletak di Blok E;
  3. Makmal TB pula terletak di Blok C (dahulunya Jabatan Pesakit Luar);
  4. Manakala Pusat Perkhidmatan Darah terletak di Blok G (berhampiran Jabatan Kecemasan).

Maklumat Perhubungan

Jabatan Patologi,
Hospital Tuanku Ja'afar Seremban,
Jalan Rasah,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Nombor Telefon : 06-768 4000 sambungan 4211
Nombor Faksimili : 06-763 2900

Ketua Jabatan

Dr. Azizon binti Othman,
Pakar Perunding Haematologi dan
Ketua Jabatan Patologi,
Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.

Unit Kualiti

Perkhidmatan

  1. Pengumpulan analisa data dan laporan setiap bulan.
    • Laporan Insiden
    • Laporan PI/NIA/KPI (YBMK, KPK, Pengarah Hospital dan Jabatan/Unit)
    • Objektif Kualiti Jabatan / Unit )
  2. Menyediakan data dan Laporan untuk dihantar ke Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS).
    • Laporan Insiden setiap 3 bulan
    • Laporan PI/NIA/KPI (YBMK, KPK, Pengarah Hospital dan Jabatan/Unit)
  3. Fasilitator kepada projek-projek Quality Initiative Assurance (QIA) Jabatan/ Unit.
  4. Sekretariat kepada aktiviti-aktiviti kualiti termasuk Audit Klinikal
    • Persijilan ISO dan Akreditasi
    • Persijilan Hospital Rakan Bayi
  5. Pengurusan Aduan / Inquiry Pesakit Dalam.
  6. Mesyuarat
    • Mesyuarat Insiden setiap 3 bulan
    • Mesyuarat QA setiap 6 bulan
    • Mesyuarat Sekretariat ISO / Akreditasi
  7. Taklimat Kesedaran Incident Reporting peringkat Hospital.
  8. Kursus dan Latihan Peringkat Negeri anjuran bersama Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan. Yang telah dilaksanakan:
    • Root Cause Analysis (RCA)
    • Failure Mode Effect Analysis (FMEA)
    • Quality Assurance (QA) / Hospital Specific Approach (HSA)

Jabatan Pediatrik

Jabatan Pediatrik

Pusat Sumber Diabetes

DRC4Pusat Sumber Diabetes yang mula beroperasi pada18 Januari 2016 adalah kerjasama dengan Unit NCD Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS). Ia dirasmikan pada 17 Februari 2017 oleh Timbalan Pengarah JKNNS iaitu Dr. Zainudin Bin Mohd Ali.

Objektif

  • Sebagai pusat rawatan setempat pesakit Diabetes Mellitus (DM)
  • Menjadi pusat rujukan orang ramai khasnya pesakit DM
  • Latihan untuk paramedik bagi melahirkan lebih ramai paramedic berkemahiran sebagai pendidik diabetes

Perkhidmatan yang Ditawarkan

  • Kaunseling
  • Fundus camera
  • CGMS (Continous Glucose Monitoring System)DRC2

Waktu Operasi

8 pagi - 5 petang (Isnin – Jumaat)

Penasihat

  • Dr Noorlita
  • Dr. Nor Afidah

Jabatan Perubatan