Pelantikan

  • Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 2 Tahun 2006
  • Surat Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia Bil. 1 Tahun 2007

Peranan & Tanggungjawab

  1. Penghubung antara Hospital dengan Komuniti
    • Bertindak sebagai penghubung dan mengeratkan hubungan antara hospital dengan komuniti
    • Memainkan peranan perhubungan awam yang positif dengan memberi penerangan yang jelas kepada orang awam mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak hospital serta masalah yang dihadapi oleh pihak hospital dalam memberi perkhidmatan kepada orang ramai
    • Bertanggungjawab dalam memberi penjelasan kepada orang awam mengenai peraturan dan larangan hospital
  2. Mengadakan Lawatan ke Hospital
    • Mengadakan lawatan ke hospital bagi mendapatkan pemahaman jelas mengenai perkhidmatan yang diberikan di hospital, masalah yang dihadapi oleh hospital berkaitan perkhidmatan kepada pesakit dan waris, masalah yang dihadapi oleh pesakit dan waris berkaitan perkhidmatan hospital dan kebajikan yang boleh dilaksanakan bagi membantu pesakit dan waris.
    • Menyediakan laporan selepas setiap lawatan dan membincangkan dalam mesyuarat ALP
  3. Perkhidmatan Kebajikan kepada Pesakit dan Hospital
    • Memberi perkhidmatan kebajikan kepada pesakit dan hospital
    • Boleh secara peribadi memberi sumbangan atau mendapatkan bantuan kewangan seperti membaiki surau, menyediakan seni taman, tempat rehat pesakit dan sebagainya
  4. Melibatkan Diri dalam Aktiviti Hospital
    • Melibatkan diri dalam aktiviti hospital dengan komuniti seperti kempen derma darah, kempen anti rokok dan sebagainya
    • Boleh mengatur program berkaitan untuk membantu hospital menjayakan program yang membina

Cabaran

  • Peningkatan beban kerja dan harapan tinggi daripada rakyat terhadap perkhidmatan perubatan menjadi satu cabaran pada pihak hospital. Dalam hubungan ini, ALP boleh memainkan peranan yang positif dan bekerja secara berpasukan dengan pihak hospital bagi meningkatkan imej dan peranan sesebuah hospital
  • ALP juga adalah perantara yang memainkan peranan sebagai duta kecil yang mewakili Kementerian di peringkat akar umbi dan seterusnya menjadi jambatan penghubung yang kukuh dengan masyarakat.