KARNIVAL KESIHATAN 2017

Program ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Hospital Tuanku Ja’afar dengan kerjasama Pertubuhan Artritis Negeri Sembilan (PANS). Ia turut melibatkan unit-unit penting di hospital ini iaitu unit promosi kesihatan, klinik perubatan respiratori, pusat sumber diabetes dan jabatan pemakanan dan sajian Hospital Tuanku Ja’afar

Golongan sasaran di dalam karnival ini adalah pesakit-pesakit, warga Hospital Tuanku Ja’afar dan orang awam di Negeri sembilan. Program ini diharap menjadi pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai penjagaan kesihatan

  • TEMA: SIHAT 1 NEGERI
  • TARIKH: AHAD 5 NOVEMBER 2017
  • TEMPAT: KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN PAROI SEREMBAN
  • MASA: 6.30 PAGI- 1.00 PETANG
  • PESERTA: Warga HTJS, ahli PANS, pesakit dan seluruh masyarakat sekitar Seremban
  • ANJURAN: Jabatan Perubatan dengan kerjasama Pertubuhan Artritis Negeri Sembilan
  • PENAUNG: DR ARIFFIN BIN MOHAMAD
  • PENASIHAT: DATO DR GUN SUK CHYN
  • PENGERUSI: DR NOOR LITA ADAM
  • SETIAUSAHA: CIK NORMAINTAN UJANG
  • BENDAHARI: DR NADIAH MOHD NOOR

OBJEKTIF:

  1. Memberi pendidikan dan mempromosi program kesihatan kepada masyarakat setempat.
  2. Mempromosi dan menerapkan cara hidup sihat kepada masyarakat melalui pemakanan sihat dan senaman
  3. Memperkukuhkan semangat kerja berpasukan antara ahli kerja hospital dan pertubuhan bukan kerajaan

PROGRAM:

  1. Arthritis Run/ walk/ aerobic
  2. Pemeriksaan Kesihatan termasuk pemeriksaan gula dalam darah, tekanan darah, berat badan dan BMI.
  3. Klinik pemeriksaan sendi oleh pakar rheumatologi
  4. Car-boot Charity sale
  5. Demonstrasi masakan tradisional Negeri Sembilan secara sihat oleh Masterchef Dr Ezani Farhana Monoto
  6. Pertandingan membuat sandwich dan salad sihat keluarga (flyer 2). Juri: Masterchef Dr Ezani Farhana Monoto
  7. Pertandingan mewarna kanak-kanak 6-12 tahun (flyer 1)
  8. Booth/ Gerai:
    • Klinik Berhenti Merokok
    • Saringan kanser paru-paru dengan pemeriksaan imbasan CT untuk pesakit yang layak.
    • Saringan risiko diabetes dan informasi mengenai diabetes dan komplikasi oleh Pusat Sumber Diabetes
    • Informasi pemakanan sihat dan membaca label makanan
    • Pameran alatan perubatan: produk atau pemakanan kesihatan/ glucometer/ BP set/ kasut kesihatan
    • Informasi kesihatan sendi dan penjagaan sendi
    • dan banyak lagi!

logologo HTJSKKMWeb

Panduan dan Rujukan

Buku Panduan Kesihatan | CPGs

Risalah Kesihatan

Pencapaian dan Anugerah

Pendidikan Kesihatan

Kelas Pendidikan | Ceramah Terbuka 

Klinik Berhenti Merokok

 Muat Turun

Pentadbiran | Sumber Manusia | ICT

Kewangan | LatihanDokumen

Garis Panduan dan Dasar ICT

Keselamatan ICT

Media

Video | Audio

Galeri | Keratan Akhbar

Soalan Lazim

Soalan Lazim

Emel