banner SDH HTJS

Carta Organisasi

SEJARAH PENUBUHAN SDH:HTJS

15 Mei 2014  : Penyerahan SDH daripada kontraktor - YNY- Hospital
23 Jun 2014   : SDH:HTJS mula beroperasi
25 Jun 2014   : Perjumpaan bersama pihak pengurusan HTJS bagi penyerahan gur SDH:HTJS yang telah melapor diri
26 Jun 2014   : Sesi latihan Reverse Attachment
04 Julai 2014 : Taklimat pihak SDH kepada warga hospital
24 Julai 2014 : Sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) bermula sepenuhnya


OBJEKTIF SDH

  • Menyediakan pendidikan yang formal dan berstruktur di dalam persekitaran yang kondusif secara santai (didik hibur) bagi murid yang sedang dirawat di hospital
  • Menyediakan pendidikan di hospital bagi murid yang sakit melalui pelbagai pendekatan sebagai satu bentuk terapi.
  • Menyediakan pendidikan kepada semua peringkat umur persekolahan tanpa mengira batasan tempat dan keadaan.
  • Menyokong dan memberi rangsangan kepada murid untuk meneruskan pembelajaran supaya tidak tercicir di dalam pelajaran.

PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) SDH

  • Jururawat memaklumkan tentang SDH:HTJS kepada ibubapa/ penjaga
  • Ibubapa/ penjaga mengisi borang kebenaran untuk belajar di sdhtjs
  • Jururawat perlu mendapatkan pengesahan daripada pegawai perubatan yang bertugas untuk murid belajar di SDH:HTJS
  • Jururawat perlu menghantar borang rujukan murid dari wad ke SDH:HTJS
  • Jururawat perlu menghantar borang rujukan murid dari wad ke SDH:HTJS sebelum jam 9.00 pagi


GOOGLE PLUS (G+)

Aplikasi G+ adalah salah satu inovasi SDH:HTJS. Penggunaan G+ yang telah bermula pada 16 Mei 2015 memberikan manfaat kepada bekas pesakit (murid) , warga HTJS dan kakitangan HTJS untuk berhubung. Penggunaan G+ juga adalah salah satu medium untuk guru SDH:HTJS mengajar secara didik hibur sesuai dengan konsep SDH yang mengajar melalui didik hibur. Pelawat boleh melawat di laman sesawang G+ menggunakan emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau https://www.sdhhtjs.com.my


FACEBOOK (SDH TUANKU JA’AFAR SEREMBAN)

Facebook SDH:HTJS telah dibangunkan pada awal Januari 2015. Facebook adalah salah satu medium media sosial menghubungkan warga SDH:HTJS dengan masyarakat luar. Tujuan ia dibangunkan adalah untuk memperkenal SDH:HTJS dan mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh SDH:HTJS melalui https://www.facebook.com/sdh.seremban 

 

 Sekolah Dalam Hospital:Hospital Tuanku Ja’afar Seremban
Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak,
Wad 2A Melor, Jalan Rasah,
70300 Seremban, Negeri Sembilan.
No. Telefon : 06-7689218
E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.