Perkhidmatan yang Disediakan

  1. Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit
    • Menerima, menyemak merekod dan menyimpan rekod-rekod perubatan pesakit(BHT) dan filem x-ray.
    • Menguruskan peminjaman rekod perubatanoleh kakitangan dan juga agensi luar.
    • Mengesan semula rekod-rekod perubatan selepas peminjaman bagi tujuan, penyelidikan, perawatan perubatan, penyediaan laporan perubatan, audit dan sebagainya.
    • Menguruskan pelupusan rekod-rekod perubatan pesakit yang telah tamat tempoh simpanan mengikut garispanduan dan prosedur yang telah ditetapkan.
  2. Statistik, Informasi dan Dokumentasi Hospital Bagi Tujuan Reten Sistem Maklumat Rawatan Perubatan dan Casemix.
    • Memasukkan data Bancian Harian ke dalam Sistem SMRP Web Based.
    • Memberi kod untuk diagnosis dan prosedur pesakit dalam dan rawatan harian.
    • Memasukkan maklumat daftar masuk Hospital (Per-PD 301) dan (Per-RH 301)
    • Masukkan maklumat untuk Sistem Casemix.
    • Mengumpul dan menyediakkan laporan datadata pesakit dalam, pesakit luar dan pesakit rawatan harian termasuk dari jabatan sokongan klinikal seperti Klinik Pakar, Makmal,,Fisiotherapi, Pengimejan & Diagnostik dan lain-lain bagi tujuan penyediaan statistik perubatan.
    • Merekod dan melaporkan semula data bagi kes-kes penyakit berjangkit (CDCIS) dan tidak berjangkit.