Profil

Unit Pendidikan Kesihatan (UPK), Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban ditubuhkan pada tahun 1989.

Objektif utama ialah untuk menyediakan perkhidmatan bantuan, sokongan dan penggalakan bagi program dan aktiviti pendidikan kesihatan di peringkat hospital.

Empat kelas pendidikan pesakit iaitu diabetes, darah tinggi, asma dan buah pinggang dilaksanakan. Selain itu, JPK juga melaksanakan klinik berhenti merokok, ceramah kesihatan, tayangan VCD kesihatan, kempen cara hidup sihat kepada warga kerja hospital, pameran kesihatan, penyediaan dan edaran bahan media kesihatan dan kajian diagnosa tingkah laku pesakit.

Pada tahun 2007, seramai 388 pesakit hadir kelas pendidikan, 30 orang hadir klinik berhenti merokok, 2,550 hadir mendengar ceramah kesihatan, 123 kali tayangan VCD kesihatan di TV Klinik Pakar, 16 kali papan informasi bertukar maklumat dan 17 kali tajuk pameran dipasang.

Nama Pegawai : Nadia bt Amirudin
Jawatan: Pegawai Pendidikan Kesihatan (S41)
Sambungan: 5196
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.