Perkhidmatan yang Disediakan

Unit ini bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang kesihatan awam seperti di bawah (terhad didalam kawasan hospital sahaja) iaitu,

  1. Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
  2. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan peraturan-peraturan dibawahnya.
  3. Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
  4. Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.

Antara tugas utama yang dijalankan adalah seperti:

  1. Pengambilan sampel makanan di dapur hospital dan kafeteria.
  2. Pemeriksaan kebersihan dapur dan kafeteria.
  3. Mencari dan memusnahkan tempat pembiakan aedes.
  4. Menjalankan operasi menangkap pesalah yang merokok didalam kawasan hospital.
  5. Pemeriksaan dan siasatan yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan