Jabatan Dietetik dan Sajian memberikan perkhidmatan dalam dua bentuk iaitu perkhidmatan dietetik dan perkhidmatan sajian. Perkhidmatan dietetik diberikan dalam usaha untuk membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan amalan ‘evidence-based’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan. Perkhidmatan sajian berfungsi dalam merancang dan menyediakan makanan untuk pesakit dengan mematuhi keperluan nutrient, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan bersesuaian dengan teknologi semasa, berkualiti serta melaksanakan prinsip pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi, pekeliling dan arahan yang ditetapkan. Selain itu jabatan ini juga ada menyediakan makanan ringan kepada doktor dewan bedah dan anggota yang bertugas malam."