Jabatan Perubatan Rehabilitasi HTJS merupakan pusat perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi Tahap 4 dengan skop perkhidmatan yang melibatkan perkhidmatan kepakaran klinikal, kejururawatan rehabilitasi, pemulihan anggota, pemulihan carakerja, pemulihan pertuturan, perkhidmatan prostetik dan ortotik serta sokongan perkhidmatan kerja sosial perubatan dan perolehan peralatan 'assistive devices'.

Beberapa aspek perkhidmatan seperti program pemulihan 'Return To Work' dan pemulihan kes pediatrik diperkukuhkan melalui langkah ‘smart partnership’ dengan agensi lain seperti Perkeso, Bahagian Kesihatan Awam dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Latihan tempatan bagi anggota menjadi metodologi utama latihan bagi tahun 2012. Jabatan meneruskan perkhidmatan sebagai pusat latihan program Sarjana Perubatan Rehabilitasi (UM) Terbuka, program Posbasik Pengkhususan Rehabilitasi dan pusat program latihan KKM serta pihak swasta bagi fisioterapi dan pemulihan carakerja. Pembangunan fasiliti masih menjadi cabaran memandangkan keperluan fasiliti sedia ada menghadkan perkembangan perkhidmatan. Langkah inovasi bagi mengoptimakan sumber-sumber sedia ada diamalkan demi menampung keperluan pelanggan dan mendahulukan rakyat.