Jabatan Pengimejan Diagnostik memberi perkhidmatan radiologi dan prosedur intervensi bagi pesakit-pesakit Hospital Tuanku Ja’afar serta rujukan kes radiologi dari lainlain perkhidmatan kesihatan seluruh Negeri Sembilan.

pengimejan

Jabatan ini beroperasi 24 jam bagi kes-kes kemalangan dan kritikal. Jabatan ini juga menerima pelatih-pelatih untuk menjalani latihan teknikal dari pelbagai bidang berkaitan radiologi dari berbagai-bagai kolej dan universiti yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Modaliti yang terdapat di jabatan ini adalah mesin x-ray am, mesin x-ray digital fluoroskopi, mesin x-ray orthopantomografi, mesin x-ray mudah gerak, mesin ultrasonografi, Tomografi Berkomputer, Magnetic Resonance Imaging (MRI), DEXA (Bone Densitometer), Full Field Digital Mammography (FFDM), Intervensi Radiologi Asas dan pemprosesan filem secara berkomputer (CR).

Perkhidmatan

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan pemeriksaan Radiografi Am, X-ray Berkontras (IVU, Barium Enema, MCU dan lain-lain), Ultrasound, Tomografi Berkomputer (CT Scan), Mammografi, Bone Densitometri, MRI dan prosedur-prosedur Intervensi