Objektif & Matlamat

  • Merawat kes-kes dan meyelesaikan masalah masalah yang dirujukkan dari daerah daerah di Negeri Sembilan.
  • Merujukan kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut kepakaran Khas ke Hospital Kuala Lumpur (seperti kes-kes pembedahan Neurosurgeri dan Urologi).
  • Mengawas dan bekerjasama menyelaraskan pengurusan masalah pembedahan kecil di Hospital hospital daerah.
  • Memberi latihan kepada Pegawai Perubatan dalam ‘Progam Masters secara terbuka
  • Memberi latihan kepada Pegawai Perubatan Siswazah selama 4 bulan bagi setiap orang. Memberi latihan kepada penuntut (Fasa I dan Fasa II) dari International Medical Universiti. Memberi latihan kepada penuntut elective dari Universiti luar negara.
  • Perkhidmatan rawatan pembedahan telah dapat dijalankan dengan berkesan dan baiknya sepanjang tahun.

Perkhidmatan

  1. Pembedahan Am
  2. Pembedahan Kemalangan dan Kecemasan
  3. Pembedahan Kanak kanak
  4. Pembedahan Plastik
  5. Pembedahan Colorectal
  6. Pembedahan Laparoscopik
  7. Pembedahan Upper GI Endoskopi Klinik Pakar pesakit luar
  8. Klinik Payudara Klinik Kanak kanak

Pada tahun 2007 jabatan ini terus dapat perkhidmatan tiga orang pakar dari University Perubatan Antarabangsa (IMU). Seorang ialah Pakar Bedah Kanak kanak dan seorang lagi ialah Pakar Bedah Gastroenterologi dan seorang lagi ialah pakar bedah am (lecturer). Mereka ini menjalankan klinik sehari dalam seminggu. Mereka juga membantu dalam pembedahan. Dengan adanya pakar pakar ini kami dapat lakukan pembedahan ke atas pesakit yang dahulunya terpaksa dihantar ke Kuala Lumpur. Kami juga dapat rujukan kes dari lain hospital di negara ini. Kes yang sering dirujuk dari hospital lain merupakan kes seperti complex fistula dan kes barah colorectal.