Profil

patologi01Jabatan Patologi akan terus berusaha memantap dan mempertingkat kompetensi dalam bidang teknikal seiring dengan patologi kemahiran insan agar organisasi ini mencapai tahap kecemerlangan yang konsisten. Jabatan ini juga berazam terus mengekalkan tahap sebagai sebuah makmal yang accredited and certified.

Lokasi

Secara fizikalnya Jabatan Patologi terletak di beberapa lokasi di aras bawah Hospital Tuanku Ja'afar iaitu:

  1. Pejabat Pentadbiran, Makmal Integrasi serta Makmal Histopatologi dan Sitologi terletak di Blok D (Bangunan Klinik Pakar Lama);
  2. Makmal Bakteriologi, Makmal Serologi dan Penyaringan serta Makmal Dadah terletak di Blok E;
  3. Makmal TB pula terletak di Blok C (dahulunya Jabatan Pesakit Luar);
  4. Manakala Pusat Perkhidmatan Darah terletak di Blok G (berhampiran Jabatan Kecemasan).

Maklumat Perhubungan

Jabatan Patologi,
Hospital Tuanku Ja'afar Seremban,
Jalan Rasah,
70300 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Nombor Telefon : 06-768 4000 sambungan 4211
Nombor Faksimili : 06-763 2900

Ketua Jabatan

Dr. Azizon binti Othman,
Pakar Perunding Haematologi dan
Ketua Jabatan Patologi,
Hospital Tuanku Ja'afar Seremban.