Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Seremban akan memimpin di dalam aspek-aspek penggalakan dan perawatan kesihatan reproduktif wanita melalui; memastikan kelahiran selamat, meningkatan tahap rawatan yang sesuai berlandaskan etika dengan hak asasi manusia dan ehsan terpelihara sepanjang masa, menggunakan teknologi yang bersesuaian, serta memenuhi kaedah "evidence based medicine", pemantauan berterusan terhadap piawaian yang ditetapkan termasuk kaedah kepastian kualiti, kajian-kajian yang memberi faedah kepada masyarakat, usaha untuk mengekalkan taraf Hospital Rakan Bayi dan pembelajaran berterusan kepada semua peringkat kakitangan; dengan ini memastikan penjagaan yang
sesuai dan terbaik sepanjang masa.