Petugas di kaunter ini terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan yang terlatih dan akan membantu memastikan pesakit disaring mengikut tahap kritikal pesakit.

Semua ini dijalankan secara profesional memngikut garis panduan yang ditetapkan oleh KKM seperti berikut:-

ZON MERAH - PESAKIT PALING KRITIKAL

ZON KUNING - PESAKIT SEPARA KRITIKAL

ZON HIJAU - PESAKIT TIDAK KRITIKAL

Perkhidmatan rawatan kecemasan yang diberikan adalah seperti berikut :

  • Perkhidmatan pra hospital
  • Pusat Panggilan Ambulan
  • Perkhidmatan ambulan
  • Perkhidmatan wad pemerhatian
  • Perkhidmatan pesakit luar am (selepas waktu pejabat, hari kelepasan dan cuti umum)