Fungsi

  1. Perkhidmatan asas jabatan forensik iaitu bertindak menguruskan jenazah yang datang dari wad hospital dan yang dibawa dari luar oleh pihak polis (kes ‘brought in dead’ BID).
  2. Berfungsi sebagai tempat penyimpanan sementara jenazah.
  3. Penyimpanan dan pengurusan jenazah yang tidak dituntut.
  4. Melakukan bedah siasat medikolegal seperti kes jenayah (homicide), kemalangan jalan raya (motor vehicle accident), kes bunuh diri (suicide) dan sebagainya setelah memperoleh arahan bedah siasat dari pihak polis melalui borang Polis 61 (P61).
  5. Pengendalian spesimen medikolegal semasa bedah siasat bagi menentukan sebab kematian atau membantu memberikan maklumat kepada polis dalam penyiasatan medikolegal.
  6. Menyediakan laporan bedah siasat dan memberikan pendapat pakar dalam bidang perubatan forensik untuk digunakan oleh pihak polis, peguam, pihak insurans dan mahkamah.
  7. Melakukan lawatan dan siasatan di tempat kejadian.
  8. Memberikan konsultasi melalui telefon apabila dihubungi oleh hospital luar atau hospital di dalam kawasan liputan.
  9. Mengurus dan memproses spesimen medikolegal dari hospital daerah.
  10. Mengendalikan pelupusan janin atau anggota manusia dalam masa 2 minggu dengan syarat telah mengisi borang pelupusan janin atau anggota manusia.