Jabatan Dermatologi Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban merupakan pusat rujukan utama untuk memberikan perkhidmatan rawatan kulit di Negeri Sembilan. Objektif Jabatan Dermatologi adalah untuk memulihkan, mengawal dan mengurangkan morbiti penyakit pesakit-pesakit kulit, kusta dan venerologi.

Fungsi Jabatan ialah memberi rawatan penyakit kulit termasuk prosedur seperti biopsy, kauteri, krioterapi, patch test, suntikan steroid dan laser terapi. Rawatan penjagaanharian seperti fototerpi dan iontophorosis juga dijalankan serta rawatan dan kawalan penyakit kusta dan venerologi. Jabatan ini berjaya mengekalkan mutu perkhidmatan, produktiviti dan kualiti kerja sebagaimana yang disasarkan. Seramai 11,499 orang pesakit luar mendapat rawatan di jabatan ini. 80% mendapat rawatan dalam masa 60 minit. Mencapai 86% tahap kepuasan pelanggan hasil dari kajian maklumbalas kepuasan pelanggan.

Untuk mencapai hasrat memberi perkhidmatan cemerlangkepada pesakit jabatan dermatologi berpegang kepada amalan piagam pelanggan seperti yang telah digariskan iaitu:-

  • Perkhidmatan klinik pesakit luar dan klinik akan diberimengikut giliran dan atau keadaan pesakit. Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kurang upaya.
  • Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.
  • Kerahsiaan maklumat peribadi penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
  • Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

Aktiviti Perkhidmatan

  1. Rawatan penyakit kulit
  2. Klinik prosedur
  3. Rawatan dan kawalan penyakit kusta
  4. Rawatan dan kawalan penyakit venerologi
  5. Klinik CTD (Combine Clinic)
  6. Rawatan penjagaan harian (Daycare)
  7. Mengajar pelajar perubatan (IMU) dan paramedic
  8. Membuat lawatan / rawatan ke hospital daerah dalam Negeri Sembilan