Visi

Memaksimakan fungsi, peranan dan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Meningkatkan kualiti dan keselamatan data sistem utmkmaklumat dan meningkatkan taraf dan kecekapan perkhidmatan pelanggan dengan penggunaan ICT.

Misi

Memberikan perkhidmatan dan kemudahan ICT untuk memenuhi keperluan jabatan-jabatan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan mewujudkan dan menyelenggara sistem maklumat yang berkualiti dan pengautomasian pejabat bagi meningkatkan mutu, produktiviti, kecekapan pengurusan dan pentadbiran kakitangan Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban. Memberi pendedahan dan meningkatkan tahap kesedaran terhadap penggunaan ICT dan memberikan perkhidmatan sokongan kepada kakitangan Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

Objektif

Untuk menggalakkan, memaksimakan dan membudayakan penggunaan kemudahan ICT secara cekap dan efisien dengan memberikan perkhidmatan dan penyelenggaraan ICT yang berkualiti serta memastikan keselamatan terhadap sistem maklumat dan rangkaian ICT sentiasa terpelihara di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban.

  1. Memantau dan menyelenggara sistem aplikasi HTJS.
  2. Menyediakan perkhidmatan rangkaian ICT untuk sistem aplikasi.
  3. Menyediakan pembangunan sistem aplikasi bagi jabatan/unit HTJS.
  4. Menguruskan keselamatan rangkaian ICT dan pangkalan data.
  5. Memberi bantuan teknikal dan khidmat sokongan operasi ICT.

Program & Aktiviti

KURSUS ICT UTMK telah menganjurkan kursus ICT bertempat di Makmal ICT , HTJS. Antara kurus yang dianjurkan termasuklah "it literacy", automasi pejabat bagi penggunaan perisian microsoft office, dan juga sistem aplikasi lain yang memerlukan 'hands on' seperti SPP dan Lain-lain.

IMPLIMENTASI SISTEM PENGURUSAN PESAKIT (SPP) HTJS telah melaksanakan projek Sistem Pengurusan Pesakit Dalam (SPPD) dari segi kemudahan aplikasi, infrastruktur, perkakasn dan pegguna, Jabatan/unit yang terlibat ialah:-

  • UTMK
  • Unit Hasil / Unit Daftar Masuk
  • Unit Rekod Perubatan
  • Jabatan Kecemasan & Kemalangan
  • Jabatan Dietetik & Katering
  • Semua Wad-wad

Perkhidmatan & Produk

  • Menyediakan pembangunan dan penyelenggaraan sistem aplikasi HTJS
  • Menyediakan perkhidmatan rangkaian ICT
  • Memberi latihan ICT kepada anggota HTJS
  • Memberi bantuan teknikal dan khidmat sokongan operasi ICT