VISI
HOSPITAL TUANKU JA’AFAR SEREMBAN

Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban ( HTJS ) akan menjadi pusat kecemerlangan dalam penjagaan aspek promotif, kuratif rawatan dan rehabilitatif di dalam bidang kepakaran utama. Selain menjadi pusat latihan berkualiti, pembangunan profesionalisme anggota perubatandan kesihatan bersekutu. Anggotanya akan bertindak secara profesional, bersifat penyayang dan bekerjasama sebagai satu pasukan ke arah menyediakan perkhidmatan mesra yang berasaskan bukti dan menggunakan teknologi yang sesuai dan berkesan.

MISI
HOSPITAL TUANKU JA’AFAR SEREMBAN

  • Untuk memajukan kesihatan melalui pendidikan kesihatan dan aktiviti promosi berasaskan klinik dan komuniti, dengan perkongsian bersama individu, komuniti dan lain-lain agensi yang berkaitan dengan kesihatan.
  • Untuk menyelamatkan nyawa, mengurangkan kesengsaraan dan membantu memperolehi pemulihan awal dan sepenuhnya melalui perkhidmatan diagnostic, kuratif dan pemulihan yang berkualiti, efisyen dan berkesan.
  • Untuk menyediakan latihan yang berkualiti dan pembangunan profesionalisme yang berterusan kepada semua kategori anggota perubatan, kesihatan bersekutu dan penuntut perubatan.