Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban ( HTJS ) terletak di kawasan seluas 26 hektar di Jalan Rasah, 70300 Seremban. Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban berfungsi di bawah jagaan Kementerian Kesihatan Malaysia. Hospital ini mempunyai 1070 katil dan adalah yang terbesar di Negeri Sembilan. Hospital ini mempunyai 23 kepakaran klinikal, yang memberi perkhidmatan kepada penduduk Negeri Sembilan. Ia merupakan hospital rujukan bagi semua Hospital Daerah, Pusat Kesihatan dan semua Hospital serta Klinik Swasta di Negeri Sembilan.