PIAGAM DAN KEWAJIPAN PELANGGAN
HOSPITAL TUANKU JA’AFAR SEREMBAN

Piagam ini ditujukan kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban

Piagam Pelanggan:

1. Setiap pelanggan akan diberi rawatan dan perkhidmatan sewajarnya di hospital ini dalam jangka masa yang ditetapkan

2. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas

3. Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain dengan persetujuan pesakit/ waris jika keadaan pesakit membenarkan

4. Setiap pesakit diberi jaminan bahawa kehormatannya dan kerahsiaannya akan terpelihara semasa menerima rawatan

5. Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan lain

Kewajipan Pelanggan:

Untuk membolehkan pihak hospital melaksanakan piagam ini dengan berkesan

1. Pelanggan adalah berkewajipan untuk mematuhi semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan semasa berada dalam hospital

2. Menjaga kesihatan dengan mengamalkan cara hidup yang sihat

3. Menggunakan kemudahan yang disediakan secara bertanggungjawab

Pelanggan Hospital : Sesiapa yang menggunakan atau mendapat faedah dari perkhidmatan Hospital Tuanku Ja’afar