Ex-Perpatih

LATIH AMAL PENGURUSAN KRISIS EX-PERPATIH HOSPITAL TUANKU JA'AFAR SEREMBAN

Seremban, 9 November 2019 - Satu Latih Amal demonstrasi pengurusan bencana telah diadakan di HTJS melibatkan pelbagai agensi seperti Pejabat Polis Daerah Seremban, Unit Pemusnah Bom IPK Negeri Sembilan, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Bomba HAZMAT Negeri Sembilan dan Medivest Sdn Bhd.

Latihan amal yang diadakan ini melibatkan pelbagai senario seperti situasi terrorisme, ancaman bom, kawalan penyakit berjangkit serta kebakaran yang menguji kemahiran anggota polis, unit pemusnah bom, bomba dan staff hospital dalam menangani pelbagai situasi cemas yang berlaku pada masa yang sama.

HTJS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan latih amal pada kali ini.

Read 305 times